Khairul Aming kongsi cara order Croissant di Starbuck, memang padu

Khairul Aming kongsi cara order Croissant di Starbuck, memang padu

Khairul Aming kongsi cara order Croissant di Starbuck, memang padu. Sebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai terbayangkan video-video masakan sempoi dari pemuda kreatif ini. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti.

Beberapa minggu lalu tular dengan satu video yang memaparkan Khairul Aming sedang mengembara ke bumi Eropah. Dalam video tersebut anak Kelantan ini sempat berkongsikan salah satu menu yang dijamahnya ketika berada di sana.

Ia adalah Croissant cicah coklat panas. Disebabkan perkongsian tersebut ramai pula yang terliur dan tak kurang juga pertikaikan status halal.

Meskipun begitu, terbaharu Khairul Aming kongsi cara pesan menu tersebut tapi hanya di Starbucks Malaysia. Berikut adalah perkongsian pemuda ini:

Menurut Khairul Aming dia memesan classic hot chocolate, susu separuh dan tambah 4 scoop dark mocha untuk menambah kepekatan air coklat tersebut.

Khairul Aming kongsi cara order Croissant di Starbuck, memang padu

Turut dipesan adalah whipping cream dan croissant. Cara makannya pula tambah whipping cream di dalam air coklat panas dan kemudian cicah dengan croissant.

Wow, memang terliuar habis tengok Khairul Aming makan! Nampaknya tak perlu ke Paris untuk menikmati hidangan macam dikongsikannya ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan mahu cuba cadangan menu oleh Khairul Aming tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Mencilah terliur teruk ni”

“Dalam menu minggu depan ada set Khairulaming”

“Dia dah meracunnn kena try nih”

“Pergi stabak order ‘Set Khairul Aming’”

@khairulaming Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023 ♬ Morning in Paris – Morning Chill Playlist

BACA:

Perlekeh Bahasa Melayu, wanita Indonesia ini teruk di kecam

Didakwa terima wang haram RM12 ribu, bekas guru tuisyen mengaku tak bersalah

Mas Idayu pilih tak mahu hamil