Semasa diperkenalkan, projek TRX di ibu negara pernah menerima sindiran dengan sesetengah pihak menjangkakan ia bakal menjadi gajah putih.
Namun begitu, TRX Mall kini mencuri perhatian, malahan memberi tamparan kepada kompleks membeli-belah lain yang selesa dengan kedudukan mereka sebelum ini.
“Kejayaan Pusat Membeli-belah TRX yang luar biasa memang mengejutkan. Sebelum pembukaan, kami menjangkakan kadar premis kosong yang lebih tinggi, tetapi keadaan ini tidak berlaku.
“Sebaliknya, hampir semua premis telah disewakan dan populariti TRX masih tinggi pada masa ini. Ini memang sesuatu yang berada di luar jangkaan,” kata Penganalisis Institut Penyelidikan RHB, Loong Kok Wen kepada Nanyang Siang Pau.
Katanya, kedai jenama antarabangsa yang banyak berserta “taman udara” memenuhi cita rasa pasaran sehingga menggugat pesaing lain seperti Suria KLCC, Pavillion, Mid Valley dan Sunway Pyramid.
“Pusat membeli-belah yang sudah popular jangan ingat lokasi strategik semata-mata sudah cukup untuk bersaing. Jangan juga terlalu naif sehingga beranggapan bahawa pelanggan akan setia kepada mereka.
“Sebaliknya, mereka harus sentiasa bersaing dan memahami cita rasa pengguna yang mahukan benda baharu,” katanya.
Tambahnya, kemunculan TRX merupakan satu tanda amaran kepada pusat membeli-belah lain untuk berubah dari segi pengubahsuaian bangunan, usaha menarik peniaga dan melakukan promosi.
Sementara itu, pemerhati hartanah berkaitan pusat membeli-belah, Vicky How berkata, kejayaan TRX Mall adalah didorong oleh statusnya sebagai pusat kewangan yang mengumpulkan banyak golongan berada.
Baca juga: