Kes rogol 19 tahun lalu hampir selesai, rupanya ini yang terjadi

Kes rogol 19 tahun lalu hampir selesai, rupanya ini yang terjadi

Kes rogol 19 tahun lalu hampir selesai, rupanya ini yang terjadi. Polis sekali lagi berjaya mengesan suspek kes rogol yang berlaku pada 19 tahun lalu melalui kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini susulan penahanan seorang lelaki berusia 40 tahun di Bagan Serai, Perak pada 9.30 malam, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, berbekalkan maklumat diperoleh daripada data profil ujian DNA, pihaknya menahan lelaki itu bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku pada 2003.

Katanya, suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan bagi tujuan pertuduhan.

Kes rogol 19 tahun lalu hampir selesai, rupanya ini yang terjadi

“Kita akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mengesan dan menahan penjenayah meskipun menghadapi kekurangan maklumat pada awal siasatan termasuk menggunakan kaedah saintifik melalui data profil DNA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kaedah itu bagi mengenal pasti identiti suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

Jelasnya, polis turut menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kekal selamat.

April lalu, siasatan saintifik menggunakan DNA berjaya mengenal pasti suspek dalam kes rogol remaja perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang, 12 tahun lalu.

BACA:

Wanita ini cuba ‘halang’ abang kahwin, rupanya ini yang dah jadi

Dapat job guna ‘cable’, sekali ini respon padu Mia Sara

Lelaki ini marah, pengarah filem Mat Kilau buat ‘kerosakan’ pada busana Melayu asli