Kes liwat 3 pelajar sekolah, 3 individu ditahan Polis Kelantan

Kes liwat 3 pelajar sekolah, 3 individu ditahan Polis Kelantan

Kes liwat 3 pelajar sekolah, 3 individu ditahan Polis Kelantan. Polis menahan tiga lelaki meliputi dua pelajar sekolah dan seorang kelindan lori kerana disyaki rogol serta liwat kekasih masing-masing dalam kejadian berasingan membabitkan tiga pelajar perempuan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek berumur antara 17 hingga 19 tahun itu dilakukan susulan pihaknya menerima laporan pada Jumaat dan Sabtu lalu berhubung insiden itu.

Malah, beliau berkata, dua daripada kejadian berkenaan yang membabitkan dua pasangan berbeza, didakwa berlaku dalam kawasan sebuah sekolah menengah yang sama.

“Namun berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan, semua insiden itu dipercayai dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rosdi berkata, hasil ujian saringan awal mendapati semua suspek berkenaan negatif dadah, dan tiada rekod lampau.

Kes liwat 3 pelajar sekolah, 3 individu ditahan Polis Kelantan

“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

“Pelbagai usaha dan inisiatif dijalankan polis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antaranya mengadakan kempen kesedaran jenayah serta ceramah pada peringkat sekolah.

“Pihak polis juga ingin menasihati masyarakat, khususnya ibu bapa supaya memantau kegiatan anak masing-masing bagi mengawal dan mengawasi tingkah laku mereka. Selain itu, pihak sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) juga berperanan dalam membantu menangani jenayah,” katanya.

BACA:

Jawatan kosong di JPJ, gaji cecah RM9,547

OPR bakal naik lagi minggu ini – Moody’s Analytics

Rayuan Abdul Azeez ditolak Mahkamah Rayuan