Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan. WANG lesap daripada akaun persendirian sering dikaitkan dengan ‘keldai akaun’ iaitu mereka yang terlibat dengan sindiket penipuan kewangan secara atas talian.

Malahan sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat iklan perkhidmatan menyewa akaun sekitar RM100 hingga RM600.

Terbaharu dalam kes kehilangan duit yang melibatkan seorang wanita bernama Lily Natty Elegance berjumlah RM11,668, ‘penerima’ menafikan bahawa dia terlibat dengan wang yang dipindahkan ke akaun miliknya sebagaimana tertera pada notifikasi perbankan.

Perkara itu dikongsikan Lily selepas dia menerima mesej daripada individu terbabit yang bernama Mohammed Azri sejurus pendedahan yang dibuatnya tular di media sosial.

Dia yang terkejut mendapat mesej daripada penerima transaksi berkenaan memberitahu, Mohammed Azri berjanji akan memberikan kerjasama demi membersihkan nama baiknya yang telah tercemar.

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan

“Katanya pagi tadi dia perasan dan terus ke balai polis buat report. Dia berjanji akan bekerjasama demi bersihkan namanya… dia juga tak tahu menahu,” ujar Lily menerusi posting di Facebook.

Kad bank akaun tersebut tercicir sejak dua bulan yang lepas… saya buat laporan ini sebagai penafian.

Malah individu bernama Mohammed Azri yang berusia 26 tahun itu turut berkongsikan salinan laporan polis yang dibuatnya di daerah Miri, Sarawak kepada Lily.

Berdasarkan laporan, dia menyatakan kad ATM miliknya tercicir sejak dua bulan lalu.

“Untuk makluman akaun bank tersebut (Hong Leong Bank) saya tidak gunakan dan kad bank akaun tersebut juga tercicir sejak dua bulan yang lepas. Saya buat laporan ini sebagai penafian,” kata Mohammed Azri dalam laporannya.

Dalam pada itu Lily berkata dia kecewa apabila pihak bank enggan bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Posting baharunya itu turut menjadi tular di media sosial dan kebanyakan warganet bimbang sekiranya penipuan tersebut turut melibatkan Ah Long atau syarikat pinjaman tidak berlesen.

“Kadang-kadang ada yang pinjam Ah Long. Kad bank mereka Ah Long pakai. Ada juga sindiket yang dapat duit bulan-bulan apabila dia bagi orang lain guna akaun bank. Dah hilang dua bulan baru nak buat report polis.

BACA:

Aksi Noh Salleh dapat teguran Dr Noor Hisham

Ustaz Kazim tampil macam ninja, ini rupanya yang berlaku