Kes culik ejen kosmetik: ‘Insya-Allah kita akan terima berita baik’ – Polis Kelantan

Kes culik ejen kosmetik: 'Insya-Allah kita akan terima berita baik' - Polis Kelantan

Kes culik ejen kosmetik: ‘Insya-Allah kita akan terima berita baik’ – Polis Kelantan. Hasil siasatan kes penculikan seorang ejen kosmetik di Tumpat setakat ini menunjukkan perkembangan positif.

Perkara itu dikongsikan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, namun tidak mendedahkan secara lebih lanjut berhubung perkembangan positif siasatan membabitkan mangsa culik, Rosnazirah Mohd Naim, 36.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan terus berhubung dengan pihak berkuasa Thailand dalam menjalankan siasatan kes berkenaan.

“Pihak polis masih berusaha dan yakin terhadap perkembangan kes ini termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang sangat mengambil berat serta sering bertanya mengenai perkembangan kes.

“Polis Kelantan meneruskan hubungan dengan pihak berkuasa di negara jiran dan perkembangan kes amat positif,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat pada Program Komuniti Kepolisan dan Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf di Masjid As-Syakirin di Kelewek di sini pada Jumaat.

Kes culik ejen kosmetik: 'Insya-Allah kita akan terima berita baik' - Polis Kelantan

Beliau turut berharap kerjasama masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan.

“Kadang-kadang ada perkara yang kita tak boleh kongsi tetapi Insya-ALLAH kita akan mendapat berita yang baik. Sama-sama kita berdoa,” katanya.

Pada Selasa minggu lalu, Rosnazirah diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kereta Toyota Vios dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Tumpat pada jam 5.10 petang.

Mangsa dipercayai dibawa ke Thailand. Siasatan polis terhadap suami mangsa mendapati lelaki itu dipercayai terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah.

BACA:

Jual jam tiruan atas talian, peniaga ditahan

‘Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan’ – Zahid Hamidi

Peneraju hartanah, UDA Holdings komited bantu usahawan kecil dan sederhana