Kes buli di MRSM Kuantan, bapa mangsa dedah apa yang berlaku

Kes buli di MRSM Kuantan, bapa mangsa dedah apa yang berlaku

Kes buli di MRSM Kuantan, bapa mangsa dedah apa yang berlaku. Dalam apa jua perkara, adalah penting untuk mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak sebelum membuat sebarang penilaian atau keputusan.

Begitu juga dengan insiden khianat atau buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan baru-baru ini yang menyaksikan pihak sekolah tersebut teruk dikecam beramai-ramai oleh netizen yang kebanyakannya hanya mendengar versi cerita dari sebelah pihak sahaja.

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan turut mengeluarkan Kenyataan Media bagi menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik sebarang hantaran yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Kes buli di MRSM Kuantan, bapa mangsa dedah apa yang berlaku

Seorang bapa pelajar di MRSM Kuantan, Mazlan Rashid yang juga merupakan seorang peguam telah mengambil inisiatif dengan membuat hantaran berikut di Facebooknya yang diharap dapat memberikan sedikit gambaran sebenar dan dijadikan penilaian buat seluruh warga netizen.

MRSM KUANTAN

Buli MRSM Kuantan

Semalam, saya dan isteri ziarah anak yang sedang menuntut di MRSM Kuantan. Dalam berbual biasa, saya ambil kesempatan ‘interrogate’ dia berkaitan satu isu yang sangat viral melibatkan rakan sehostelnya dan sekolahnya. Bilik sebelah jer dan anak adalah salah seorang yang dilibatkan dalam plot drama tersebut apabila bajunya juga digunting. Namanya juga antara yang tertulis atau di’grafiti’kan oleh rakan junior tersebut.

Satu punca sahaja situasi ini berlaku, pelajar junior tersebut tidak minat duduk di hostel. Pelajar terbabit sebagaimana yang dicerita anak adalah pelajar yang pandai dan dalam kategori budak baik. Sentiasa di hadapan keputusan peperiksaannya dan antara pelajar yang dapat anugerah Pengetua katanya.

Kecoh

Tapi, bagaimana kes atau situasi ini menjadi sangat kecoh. Kekecohannya benar-benar memburukkan keadaan. Warden-warden MRSM Kuantan diserang hebat oleh netizen. Biasalah netizen di Malaysia ni, pantang ada cerita viral sebegini, sangat mudah untuk menyerang dengan maklumat “on surface”. Maklumat-maklumat longgar dan cukup dengan baca cerita sebelah pihak, akan menyerang dari pelbagai sudut tanpa berhati-hati untuk buat sedikit kajian yang lebih tuntas.

Keadaan mungkin akan jauh terkawal kalaulah ibu pelajar tersebut lebih berhati-hati dari meluahkan “hujah-hujah pembelaan”nya di “Mahkamah Awam”. Maklum sahajalah “Mahkamah Awam” ini pun cukup lengkap dengan “pegawai pendakwa”nya, dengan “peguam bela”nya bahkan Hakim pun ada. Pendakwa, kerjanya nak mendakwa sahaja. Semua warden-warden didakwa tanpa dirujuk siasatan terperinci oleh pegawai penyiasat sama ada sesuai didakwa atau tidak. Tak kurang jugak “Hakim-hakim” yang menghukum cikgu-cikgu atau warden tanpa bukti yang kemas.

Maka seluruh warga maya terus menerus memainkan peranan masing-masing mengikut nafsu dan akal sendiri. Seronok. Sehinggalah dikendurkan dengan penyataan media oleh Pejabat Polis Kuantan hari ini.

Kesilapan

Hari ini, sang ibu mungkin tidak lena tidurnya. Akur kenaifan dan kesilapannya. Kesilapan pertama, gagal dengar isi hati anaknya yang meronta-ronta tidak mahu tinggal di hostel. Kesilapan kedua, mudah pulak memperdengarkan isi hatinya ke seantero alam dengan memviralkannya menggunakan FB sebagai vehiclenya.

Akibatnya, di samping tempias berbakul-bakul makian yang terpaksa ditelan para warden yang sang ibu senaraikan, masa depan anaknya juga kelam. Sudahlah diri sendiri berkecamuk dengan penyesalan, anaknya pula, ke sekolah mana yang lebih baik baginya untuk ditempatkan setelah tidak lagi menjadi pelajar MRSM. Di’buang sekolah’ setakat hari ini, masih menjadi perkataan yang sangat tidak enak didengar. Sekolah mana yang ada belas nak ambil pelajar yang “ibunya begitu” dan “anaknya begini”. Dan sekolah mana pulak yang anak itu boleh diterima baik oleh rakan-rakan sekelasnya. Kesian sang anak. Semoga ianya tidak berpanjangan.

Pengajaran

Kita doakan agar anak itu mendapat satu pelajaran yang menginsafkan atas tindakan tidak matangnya dan begitu juga ibunya agar menjadikannya ibu yang lebih matang di kemudian hari. Dan begitu juga kita ini sebagai netizen, haruslah lebih berwaspada dan bijaksana dalam menilai sesuatu perkara agar tiada yang tercela akibat tiadanya usul periksa. Dan yang harus diingat, viral di FB bukanlah solusi bagi kebanyakan perkara. Kembali ke meja musyawarah adalah jalannya.

Wallahua’lam.

BACA:

Tular gambar Baby Shima kahwin, ini rupanya yang berlaku

Seluar Leona ketat sangat, netizen perasan nampak bentuk ini

Ramai tercengang brader ini tiba-tiba naik angin waktu live jual baju, ini puncanya