Kes basikal lajak : Mahkamah bebaskan Sam Ke Ting

Kes basikal lajak : Mahkamah bebaskan Sam Ke Ting. Kerani wanita, Sam Ke Ting yang dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi memandu secara melulu sehingga menyebabkan lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga sebulat suara membenarkan permohonan Sam untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Dalam prosiding hari ini, Sam dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Dalam tragedi berdarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
BACA:
Kak KM ‘block’ ibu sendiri dalam Instagram
Wanita meninggal dunia ketika dalam pantang, “dia pernah mengadu penat..”
Gelagat lelaki berjubah bawa motosikal sambil ‘berdoa’ curi tumpuan