Kerusi harga sampai RM 100k dilelong bukan untuk duduk

Kerusi harga sampai RM 100k dilelong bukan untuk duduk

Kerusi harga sampai RM 100k dilelong bukan untuk duduk.Sebuah kerusi antik berusia lebih 300 tahun dijual pada harga mencecah £14.4 juta (RM73.8 juta), namun pemiliknya tidak boleh duduk di atas permukaan tersebut, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Menurut pakar, harta peninggalan yang sudah rapuh itu perlu dianggap sebagai lebih daripada sebuah kerusi iaitu sebagai karya seni dari segi penggunaannya. Hanya enam kerusi serupa didakwa wujud di dunia ini.

Kerusi sandar yang diperbuat daripada kayu rosewood itu dihasilkan untuk seorang pembesar di China semasa Dinasti Ming.

Ia kemudian disimpan di rumah seorang ahli perniagaan Hong Kong, Joseph Hotung di London yang meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Kerusi itu dianggarkan bernilai £1.72 juta (RM8.8 juta), namun seorang pengumpul persendirian membayar pada harga lapan kali ganda semasa proses bidaan oleh firma lelongan Sotheby’s di London pada Sabtu lalu.

Kerusi harga sampai RM 100k dilelong bukan untuk duduk

“Melihat tawaran yang dikemukakan adalah bagaikan kemuncak kerjaya. Ia adalah hasil yang menakjubkan,” kata pakar seni Asia, Henry Howard-Sneyd.

Sementara itu, jurucakap Sotheby’s, Melica Khansari berkata, kerusi itu mungkin paling dicari berbanding semua barangan perabot ketika Dinasti Ming kerana dianggap sebagai reka bentuk paling terkenal yang dicipta oleh tukang kayu China.

“Dicipta untuk dilipat bagi memudahkan pengangkutan, kerusi mudah alih ini secara semula jadi lebih terdedah kepada kerosakan berbanding perabot lain,” katanya

BACA:

lesen DDNK digantung Suruhanjaya Sekuriti Malaysia? apa sebenarnya berlaku

9 khasiat Bunga cengkih yang ramai tak tahu, nombor 6 paling mujarab