Kerja 4 hari seminggu, 100 syarikat mula daftar setuju

Kerja 4 hari seminggu, 100 syarikat mula daftar setuju

Kerja 4 hari seminggu, 100 syarikat mula daftar setuju. Kira-kira 100 syarikat di United Kingdom (UK) mendaftar pekerja mereka bekerja empat hari dalam seminggu tanpa pemotongan gaji.

Syarikat terbabit menggaji 2,600 kakitangan dengan dua syarikat terbesar yang mendaftar ialah Atom Bank dan syarikat pemasaran global Awin masing-masing mempunyai kira-kira 450 kakitangan di UK.

Kumpulan Kempen 4 Hari Seminggu berharap langkah syarikat itu akan menjadi pelopor kepada perubahan besar dalam sektor pekerjaan Britain.

Kerja 4 hari seminggu, 100 syarikat mula daftar setuju

Pengarah kempen UK, Joe Ryle berkata, terdapat peningkatan momentum dalam penggunaan bekerja empat hari itu terutama dalam aspek produktiviti, walaupun ketika syarikat bersiap sedia untuk kemelesetan ekonomi yang panjang.

Ketua Eksekutif Awin, Adam Ross berkata, pihaknya melihat corak bekerja empat hari itu sebagai salah satu inisiatif paling transformatif dalam sejarah syarikat.

“Sepanjang setahun setengah, kami bukan sahaja melihat peningkatan yang luar biasa dalam kesejahteraan dan kesejahteraan pekerja tetapi pada masa sama, perkhidmatan pelanggan dan perhubungan kami serta hubungan dan pengekalan bakat juga mendapat manfaat,” katanya.

Kempen UK juga menyelaraskan skim perintis terbesar di dunia untuk kira-kira 70 syarikat, yang menggaji kira-kira 3,300 pekerja supaya menerima pakai corak bekerja empat hari itu dalam percubaan dengan penyelidik di Universiti Cambridge dan Universiti Oxford, kolej Boston dan badan pemikir (thinktank), Autonomy.

Dalam tinjauan pada September lalu, 88 peratus daripada syarikat itu berkata, bekerja empat hari itu berfungsi dengan baik untuk perniagaan mereka sepanjang tempoh peringkat percubaan itu.

Kira-kira 95 peratus daripada syarikat yang ditinjau itu juga memaklumkan, produktiviti sama ada kekal sama atau semakin bertambah baik sejak melaksanakan dasar itu.

BACA JUGA:

Nama undang salah erti, 7 pemain Piala Dunia jadi bualan

Restoran kari berhadapan risiko gulung tikar

Nama undang salah erti, 7 pemain Piala Dunia jadi bualan