Kerana seorang perempuan sembilan lelaki bergaduh

Kerana seorang perempuan sembilan lelaki bergaduh

Gara-gara berebut perempuan, sembilan lelaki bergaduh di Plaza Chong Lin, Green Road, di sini, semalam menggunakan senjata tajam dan rotan.

Bagaimanapun semua suspek berjaya dikesan dan ditahan polis dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuching dan Padawan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, polis melancarkan operasi bagi menjejaki dan menahan semua suspek selepas menerima laporan.

“Tangkapan pertama dilakukan jam 12.14 tengah malam tadi. Mereka ditahan di sekitar Kuching dan Padawan.

“Beberapa peralatan yang digunakan termasuk dua kereta turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua suspek lelaki berumur antara 20 hingga 35 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang semalam, berlaku rusuhan antara dua kumpulan lelaki yang disyaki berpunca daripada seorang wanita dan perasaan tidak puas hati.

Dalam kejadian itu masing masing bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/674704/bergaduh-berebut-perempuan

COMMENTS