Kerana miliki e-rokok, vape! Rakyat Malaysia didenda RM265,000 di Brunei

SEORANG lelaki warga Malaysia, Lee Sze Siang, 25, diarah membayar denda BND76,900 (RM265,000) kerana memiliki rokok elektrik (e-rokok) dan barangan vape seludup.

Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati Abdul Hamid memerintahkan Lee menjalani hukuman penjara 25 bulan jika gagal membayar denda.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas lelaki itu mengaku bersalah memiliki e-rokok dan barangan vape sebanyak ribuan unit.

kerana miliki e-rokok, vape! Rakyat Malaysia didenda RM265,000 di Brunei

Pendakwaraya Syafina Abdul Hadzid memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam memeriksa kereta defendan

sebaik tiba di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada petang 18 September lalu, yang membawa kepada penemuan barangan tersebut

BACA: Aishah perjelas kenapa dia Sakan Menari Atas Pentas rupanya Seluar Koyak Dekat Celah Kelengkang