Kerajaan perkenal sekali lagi Bantuan Khas Kewangan RM700

Kerajaan perkenal sekali lagi Bantuan Khas Kewangan RM700

Kerajaan perkenal sekali lagi Bantuan Khas Kewangan RM700. Bantuan Kewangan Kerajaan, Bantuan Kewangan Khas, BANTUAN PEKERJA KERAJAAN, BANTUAN PENJAWAT AWAM, BANTUAN RM350, BANTUAN RM700, BKK

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang sekali lagi diperkenalkan oleh pihak Kerajaan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BKK ini:

Kadar Bantuan BKK
BKK pada asasnya diberikan kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan para pesara serta veteran Kerajaan tidak berpencen. Jumlahnya pula adalah dengan pecahan berikut:

  • RM700: Anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah;
  • RM350: Pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen.

Kerajaan perkenal sekali lagi Bantuan Khas Kewangan RM700

Tarikh Pembayaran BKK
Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pembayaran BKK akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 tahun hadapan.

“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.” katanya.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk memperkenalkan Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari depan kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56.

Pengumuman kadar baharu itu nanti akan dimanfaatkan oleh sebanyak 1.28 juta penjawat awam seluruh negara dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

BACA:

Ini tips rebus kerang agar isinya rasa fresh waktu makan

Tular klip video Polis lepas penunggang motosikal warga asing bawa besi buruk

Dah macam bandar bergerak, netizen teruja lihat kapal mewah ni