Kerajaan perkenal bantuan RM300 sebulan bagi isi rumah, ini syarat dan cara mohon

Kerajaan perkenal bantuan RM300 sebulan bagi isi rumah, ini syarat dan cara mohon. Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam Belanjawan Negeri yang dibentangkan pada 26 November 2021 lalu.
BINGKAS adalah antara inisiatif terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang bagi menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat bagi membantu kebajikan lebih ramai rakyat negeri ini.
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Bantuan ini boleh digunakan untuk keluarga menampung perbelanjaan barang dapur, pendidikan atau apa-apa urusan keluarga yang memerlukan.
Apa Itu Bantuan BINGKAS?
BINGKAS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi membantu Ketua Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dan berpendapatan isi rumah dibawah RM3,000 dengan memberikan bantuan bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
Bantuan ini adalah bantuan yang menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang telah ditamatkan pada 30 Jun 2022.
Jumlah Bantuan
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.
Syarat dan Kelayakan
Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) hendaklah menepati syarat dan kelayakan berikut;
Warganegara Malaysia
Lahir di Selangor atau Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
Pemilih berdaftar di Selangor
Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
Pendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan.
Cara Permohonan
Untuk memohon, anda boleh layari laman web BINGKAS Selangor di pautan berikut:
https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Ahli:
Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Manfaat BINGKAS:
e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
Senarai Barangan
Antara senarai barangan yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti beras, mi dan bihun, roti, biskut, telur, gula dan garam. Rempah ratus, sos, kicap, tepung. Minyak masak, sayur-sayuran dan buah-buahan, daging ayam, lembu, kambing dan ikan, sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci, lampin pakai buang, produk tenusu, barangan persekolahan dan pendidikan.
Info dan Pertanyaan
Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), boleh hubungi 1800-22-6600 atau layari https://www.bingkasselangor.com/
BACA:
Cacar Monyet : Pelakon filem lucah gay dijangkiti, meleleh air mata sebab sakit
BSS : Pesakit kini boleh mohon bantuan rawatan sehingga RM5,000