Kerajaan benarkan pelajar IPT rentas negeri pulang beraya di kampung kecuali Sarawak

Kerajaan benarkan pelajar IPT rentas negeri pulang beraya di kampung kecuali Sarawak

Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar, kerana Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan para pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing kecuali di Sarawak.

Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan tersayang.

Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau
kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.

Sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, cadangan kebenaran dan SOP pergerakan itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diputuskan.

Beliau berkata, apa jua keputusan yang dibuat, keselamatan dan kesihatan pelajar kekal menjadi keutamaan bagi KPT.

COMMENTS