Kerajaan bakal hapuskan pencen pesara? Ini jawapan PM

Kerajaan bakal hapuskan pencen pesara? Ini jawapan PM

Kerajaan bakal hapuskan pencen pesara? Ini jawapan PM. Khabar angin bahawa Kerajaan Perpaduan akan mempertimbangkan penghapusan atau pengurangan pencen pesara termasuk bekas anggota Kabinet adalah tidak munasabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan perkara itu membabitkan soal peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata, cadangan memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet harus diteliti dan dirujuk semua pihak.

“Pencen bekas anggota Kabinet… pencen ini sebagaimana diketahui (adalah) peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Ada uar-uar kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan menimbangkan untuk menghapuskan pencen (pesara) atau mengurangkan itu tidak munasabah kerana isu ini soal Perlembagaan dan harus diteliti dan dirujuk semua pihak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Anwar berkata, apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah membatalkan kemudahan biasa dan peruntukan kereta untuk anggota Kabinet berikutan ia membabitkan pentadbiran dan bukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan bakal hapuskan pencen pesara? Ini jawapan PM

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad sebelum ini bahawa kerajaan mampu menjimatkan antara RM100 juta hingga RM150 juta perbelanjaan negara setiap tahun sekiranya pencen bekas anggota Kabinet dimansuhkan.

Noor Amin dilaporkan berkata, berdasarkan sistem semasa negara dan jumlah bekas Kabinet yang layak menerima pencen, kos yang ditanggung untuk Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen adalah RM100 juta hingga RM150 juta setahun.

Katanya, pihak berkenaan sepatutnya tidak perlu diberikan pencen kerana ia dibayar berdasarkan cabang sistem eksekutif, bukan legislatif dan cukup sekadar mengambil gratuiti yang lumayan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, keputusan membabitkan Kadar Dasar Semalam (OPR) adalah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM), berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.

Beliau yang mengulas laporan jangkaan penganalisis ekonomi bahawa OPR akan meningkat dua kali tahun ini, berkata perkara itu boleh dibincangkan bersama-sama Kementerian Kewangan, tetapi bidang kuasanya tetap bawah BNM.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan akan dijalankan dengan Gabenor Bank Negara serta Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum Belanjawan 2023 dirangka.

“Pendekatan itu saya pernah lakukan dulu. Ia tidak asing kerana tindakan mana-mana pihak juga akan membabitkan dasar ekonomi keseluruhannya,” katanya.

BACA:

Cikgu ini buat live masa spotcheck, sekali netizen turut kongsi lokasi perlu di check

Kejayaan konsert berakhir dengan Qi Razali umum keluar OAG