Kerajaan akur tutup operasi kilang arak

Kerajaan akur tutup operasi kilang arak

Kerajaan hari ini mengumumkan penutupan operasi semua kilang minuman keras di seluruh negara secara serta-merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Ismail berkata, semua sektor perkilangan kecuali membabitkan 12 kategori saja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

COMMENTS