Kerajaan akan wajibkan pemasangan ‘dashcam’ dalam masa terdekat?

Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menyatakan bahawa tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam’

atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di Malaysia.

Walaupun terdapat cadangan untuk mewajibkannya, Loke menegaskan bahawa kementerian perlu mempertimbangkan pelbagai aspek,

termasuk kos yang perlu ditanggung oleh rakyat jika pemasangan tersebut diwajibkan.

Beliau menegaskan bahawa walaupun pemasangan ‘dashcam’ tidak diwajibkan, kementerian amat menggalakkan pengilang kenderaan

Kerajaan akan wajibkan pemasangan 'dashcam' dalam masa terdekat?

untuk memasang ‘dashcam’ pada kenderaan baharu. Langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif yang positif bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

“Kita menggalakkan pemasangan dashcam terutamanya pada kenderaan-kenderaan daripada pengilang. Kalau mereka boleh pasang (dashcam) bersekali dengan kereta baharu, itu amat kita galakkan tetapi setakat ini kita belum mewajibkan lagi,” kata Loke.

Selain itu, Loke juga menggalakkan syarikat pengusaha bas untuk memasang peranti tersebut. Beliau menjelaskan bahawa pemasangan ‘dashcam’ pada bas boleh menjadi bahan bukti penting sekiranya berlaku kemalangan, membantu dalam menentukan pihak yang bersalah dan bertanggungjawab.

Dalam sesi libat urus bersama editor media, Loke turut mengulas mengenai statistik kemalangan jalan raya yang mencatatkan sebanyak 600,000 kemalangan pada tahun lepas dengan lebih 6,500 kematian.

Statistik menunjukkan bahawa purata 15 hingga 17 orang meninggal dunia setiap hari akibat kemalangan jalan raya, satu angka yang amat membimbangkan.

Loke menyeru orang ramai untuk menjadi pemandu yang berhemah, sentiasa peka dan berhati-hati di jalan raya untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Beliau menekankan bahawa kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika setiap pemandu mengambil sikap berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, kementerian terus memantau dan menggalakkan langkah-langkah yang boleh meningkatkan keselamatan jalan raya tanpa membebankan rakyat dengan kos tambahan yang tidak perlu.

BACa: “Aku sampai dah tertidur dengan teman lelaki, bila ajak kahwin dia tak mahu, rupanya dia suami org..: