Kenapa McDonald’s tak jual je menu breakfast sampai ke malam? Sekali ini jawapan jujur McDonald’s Malaysia

Kenapa McDonald’s tak jual je menu breakfast sampai ke malam? Sekali ini jawapan jujur McDonald’s Malaysia

Media sosial bukan sekadar platform untuk bersosial, tapi juga medium untuk perniagaan besar membina kepercayaan dan menyelam hati pelanggan.

Dengan adanya media sosial, para pelanggan kini lebih mudah untuk membuat sebarang aduan atau utarakan sebarang pertanyaan.

Kenapa McDonald's tak jual je menu breakfast sampai ke malam? Sekali ini jawapan jujur McDonald's Malaysia

Baru-baru ini, akaun rasmi restoran makanan segera terkenal di Malaysia, McDonalds berkongsi satu soalan yang kerap ditanya para pelanggan mereka, “Kenapa McD tak buat sarapan sampai petang sikit?”

Jelasnya, waktu makanan untuk sarapan sehingga 10 pagi adalah kerana dapur mereka perlu menukar barangan dan bersedia untuk menyediakan makanan tengah hari.

Pun begitu, ‘jawapan jujur’ daripada akaun itu membuatkan orang ramai geli hati;


“Pukul berapa kau bangun dik?”

“Setepek McD bagi hang dik”

Kadang menu sarapan lagi sedap dari makan tengah hari

Bukan sebab lambat bangun, tapi petang tu tekak tetiba teringin set sarapan

Lantaran itu, ada juga yang menyarankan restoran tersebut agar terus mengadakan menu sarapan sepanjang masa.

Malah, ada juga yang memulakan petisyen agar restoran itu memanjangkan tempoh menu sarapan sehingga 12 tengah hari.

BACA: Kecoh pelanggan kena sidai dengan staff kaunter AKSB, sekali ini alasan Timbalan Menteri Besar Kelantan buat ramai orang ketawa