“Kenapa macam air biru yang selalu jual kat pasar malam tu?”, Lauk di kafe universiti buat netizen tertanya-tanya
Kafe di universiti seringkali menghidangkan makanan pada harga yang agak berpatutan dan pilihan menarik bagi para penuntut.
Namun, yang lain pula berlaku baru-baru ini, seperti yang tular di media sosial, lapor Seismik.
Terdapat lauk di kafe yang berwarna pelik, malah ibarat minuman pula jadinya.
Apa tidaknya, lauk itu berwarna biru dengan hirisan buah lemon!
Menerusi video asal yang dimuat naik oleh @nayliamandaa di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam pelbagai jenis lauk kampung di sebuah kafe universiti.
@nayliamandaaAyam masak blue lemon soda kot
Ini termasuk lauk ayam berwarna biru yang kelihatan sama seperti minuman ‘blue lemon’.
Selain daripada lauk ini, terdapat banyak lagi lauk-lauk kampung lain yang disediakan.
Dalam petikan laporan Seismik, seorang warga net meninggalkan komen: “Kenapa macam air biru yang selalu jual kat pasar malam tu?”
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat lauk tersebut dan tertanya-tanya apakah jenis lauk itu.
BACA: