Kenapa kita tak boleh basahkan bibir guna air liur sendiri? Ini sebabnya

Kenapa kita tak boleh basahkan bibir guna air liur sendiri? Ini sebabnya

cuaca tidak menentu bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan seperti selesema atau demam tetapi membuatkan bibir menjadi kering dan pecah.

Pakar kulit, Daniel Glass memberitahu bibir kering dan pecah terjadi disebabkan terdedah kepada udara sejuk dan kering, ditambah udara hangat yang dihembus daripada mulut.

Kenapa kita tak boleh basahkan bibir guna air liur sendiri? Ini sebabnya

Keratin yang terdapat pada lapisan atas kulit bibir akan hilang fleksibiliti apabila terdedah kepada keadaan itu dan menyebabkan masalah kering dan pecah, kata Daniel.

Tetapi jangan bimbang, terdapat beberapa kaedah boleh diamalkan bagi merawat masalah itu termasuk:

1. Jangan jilat bibir guna air liur

Biasanya apabila bibir kering, kita akan menjilat bibir menggunakan lidah bagi melembapkan bahagian itu namun sebenarnya cara itu akan menyebabkan masalah itu bertambah teruk.

“Menjilat bibir akan mengurangkan lapisan minyak yang melindungi bibir dan tabiat itu akan menyebabkan masalah bibir pecah bertambah buruk,” katanya.

Sebaik-baiknya, jika terasa ingin menjilat bibir, sapu air ke bibir anda dan ulangi kaedah itu sehingga bibir benar-benar pulih.

2. Guna pelembap bibir

Cara terbaik melembapkan bibir adalah menggunakan pelembap bibir yang dapat menghaluskan permukaan kulit dan bertindak sebagai agen oklusif, meningkatkan kelembapan.

Sebaiknya sapu pelembap bibir dengan kerap termasuk sebelum tidur bagi memulihkan masalah itu dengan cepat.

Bagaimanapun penggunaan pelembap bibir juga perlu berhati-hati kerana mungkin kandungan bahan digunakan tidak sesuai dengan anda.

BACA:

“Abah kata, memang tiap-tiap minggu selalu ada dia ni.. RM11, dengan duit RM10 mesti dia gulung dengan duit RM1..jadi duit RM1 je yang nampak”