Kenapa biji mata kambing berbentuk petak? Kajian ini rungkai jawapannya

Mata adalah anugerah yang sangat berharga kerana melalui mata, kita dapat melihat dunia untuk melanjutkan kehidupan dengan aman dan tenteram.

Bagi manusia, mata adalah alat untuk mengamati dan menyelidiki persekitaran supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Berbeza dengan haiwan, mata haiwan dicipta mengikut spesies dan keluarga tertentu.

Kenapa biji mata kambing berbentuk petak? Kajian ini rungkai jawapannya

Bukan sahaja dicipta untuk melihat, tetapi bentuk mata juga berbeza mengikut jenis haiwan.

Salah satu haiwan yang mempunyai bentuk mata yang unik dan agak pelik adalah kambing.

Mengapa mata kambing mempunyai bentuk yang unik?

Menurut satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Martin Banks, seorang saintis penglihatan, bentuk mata haiwan memberikan petunjuk tentang kedudukan mereka dalam rantaian makanan.

Dalam kajian tersebut, Banks dan pasukannya mengkaji 214 mata haiwan daratan yang berbeza.

Hasil kajian menunjukkan hubungan yang jelas antara bentuk mata dan peranan ekologi haiwan tersebut.

Haiwan pemangsa yang menyerang secara mendatar mempunyai mata menegak, sementara haiwan herbivor atau mangsa (seperti kambing) mempunyai mata mendatar.

Perbezaan bentuk mata ini memberikan kelebihan tertentu kepada kedua-dua jenis haiwan.

Untuk mengetahui kelebihan tersebut, penyelidik menganalisis kebolehan dua bentuk mata tersebut.

Analisis juga dilakukan untuk memahami bagaimana bentuk mata memenuhi keperluan visual bagi pemangsa dan mangsa.

Mengapa mata mendatar membantu mangsa seperti kambing?

Haiwan herbivor seperti kambing mempunyai strategi untuk mengelak daripada menjadi mangsa pemangsa.

Strategi ini melibatkan mengesan bahaya dan bergerak cepat untuk menyelamatkan diri apabila pemangsa dikenal pasti. Mata haiwan ini perlu melihat dua perkara sekaligus untuk menyokong strategi tersebut.

“Pertama, haiwan ini mesti melihat secara panorama untuk mengesan pemangsa yang mendekat dari arah yang berbeza. Kedua, mereka juga mesti melihat ke hadapan untuk bergerak cepat di kawasan yang tidak rata,” kata penyelidik.

Dengan mata yang boleh melihat panorama, haiwan ini boleh melihat sekeliling dengan mudah. Mata ini juga meningkatkan kualiti imej objek yang dilihat di hadapan dan di belakang haiwan tersebut. Selain itu, ia membenarkan lebih banyak cahaya dari bawah memasuki mata, sementara kurang cahaya dari atas.

Walau bagaimanapun, kelebihan mata ini terhad apabila haiwan menundukkan kepala untuk meragut rumput. Namun, hasil pemerhatian di zoo menunjukkan mata kambing kekal mendatar walaupun kepala sedang menunduk.

Secara keseluruhannya, mata kambing mempunyai bentuk yang unik kerana membantu haiwan tersebut untuk kekal selamat dalam persekitaran liar.

BACA: ‘Anak kau kata baba jahat!’, adik ipar dedah perangai sebenar Alif Teega