Kenapa ada negara lain guna bacaan suhu guna ‘fahrenheit’? Kenapa bukan ‘celcius’? Ini jawapannya
Korang mesti pelik kan kenapa negara maju seperti Amerika Syarikat masih menggunakan bacaan suhu Fahrenheit sebagai mana negara seluruh dunia yang menggunakan Celcius.
Cara bacaan dan sebutan suhu yang menggunakan Fahrenheit ternyata berbeza dengan pengiraan Celcius.
Umum mengetahui bacaan maksima untuk Celcius adalah 100 dan bermula pada titik 0. Lain pula dengan Fahrenheit iaitu bacaannya 212 dan bermula pada bacaan 40.
Secara langsung bacaan Celcius lebih mudah berbanding Fahrenheit.
Persoalannya sekarang, kenapa Amerika Syarikat masih menggunakan bacaan Fahrenheit yang agak sukar untuk difahami itu?
Kisahnya bermula apabila Amerika Syarikat pernah kehilangan satelitnya yang berhaga 125 juta dolar yang dilancarkan ke planet Mars pada tahun 1999.
Alasan kehilangan satelit tersebut akibat daripada kesalahan pengiraan matriks.
Jumlah Fahrenheit sudah dipatenkan pada tahun 1724 oleh penciptanya sendiri iaitu Daniel Gabriel Fahrenheit dan telah memasuki British Royal Society.
Sejarah tersebarnya pengiraan Fahrenheit
Ketika negara Britain telah menakluki banyak jajahan pada abad 18 dan 20, sistem pengiraan Fahrenheit ini sdah tersebar luas sehingga digunakan di wilayah British dan hampir pelusuk dunia.
Bagaimanapun, pada ketika itu sistem pengiraan matriks seperti Celcius, gram dan meter sudah mula tersebar luas dan menjadi popular. Pada akhir abad ke 20, sistem matriks ini telah digunakan hampir di seluruh negara Inggeris.
Pada ketika itu, Amerika Syarikat antara yang mencuba menggunakan sistem pengiraan matriks ini.
Masyarakat menolak sekerasnya penggunaan Celcius…
Pada tahun 1975, penukaran matriks telah dipersetujui oleh bangsa kongres termasuklah Amerika Syarikat. Namun, mendapat tentangan hebat daripada sebilangan masyarakat di negara tersebut.
Akhirnya, sehingga kini Amerika Syarikat menggunakan pengiraan Fahrenheit walaupun pengiraan matriks seperti Celcius lebih mudah dan tepat. Bagi mereka, pengiraan Fahrenheit mempunyai kelebihan dan pengiraan suhu lebih tepat dan wajar.
Namun, tidak bermakna para saintis dan ilmuwan di negara tersebut menolak seratus peratus skala Celcius, mereka juga perlu mengekalkan konsistensi dengan rakan luar.
Jadi, pelajar di negara tersebut terpaksa belajar dua perkara yang sama tetapi pada zahirnya berbeza. Tidak dinafikan Amerika Syarikat juga masih menggunakan pengiraan imperial, inci, paun dan sebagainya.