Kenal di kilang, wanita kongsi kisah nikah lelaki Bangladesh, majlis di kampung suami meriah

Kenal di kilang, wanita kongsi kisah nikah lelaki Bangladesh, majlis di kampung suami meriah

Perkahwinan melibatkan 2 negara cukup unik untuk kita lihat meskipun terkadang masyarakat terlalu mudah memberikan stigma buruk.

Masing-masing dapat mempelajari adat serta budaya baru menjadikan perkahwinan itu lebih bermakna dan membahagiakan.

Kenal di kilang, wanita nikah lelaki Bangladesh, majlis di kampung suami meriah

Bekerja di kilang sama pada tahun 2018 sebelum menjadi semakin rapat

Baru-baru ini, Puan Nur Nadhirah juga terbuka berkongsikan perjalanan mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Bangladesh bernama Mohammad Samim Hossain.

Perkenalan mereka bermula di sebuah kilang pada 2018 sebagai rakan sekerja sebelum kedua-duanya serius menjalinkan hubungan percintaan.

Aku takdak duit, dia dok tolong…Setengah orang ni dok trigger bila kata kahwin dengan Bangladesh

@nurnadhirah66 Trip to Bangladesh day 3🇧🇩 #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh ♬ original sound – Nur Nadhirah

Menerusi pantauan ke TikTok Puan Nad, dia banyak memuat naik beberapa siri vlog di kampung halaman suami.

Persiapan majlis kahwin di sana nyatanya cukup meriah dan Nad disambut dengan cukup baik oleh keluarga suami.

@nurnadhirah66 Weyyyy aku ingatkan tiktok takleh masuk video sampai 10min, tu yg p buat part 1 tu. First time upload video panjang2 ni. Takpa la kira halal. Trip to bangladesh day 4🇧🇩 #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh ♬ original sound – Nur Nadhirah

Menjawab kecaman netizen, wanita ini mendedahkan suaminya dahulu sangat baik memberikan bantuan di kala susah.

Malahan Mohammad Samim sanggup menjaga Puan Nad yang terlantar di pusat rawatan selama seminggu suatu ketika dahulu.

Hubungan mereka baik-baik saja, namun entah mengapa orang luar yang terlebih berfikiran bukan-bukan.

Rumah besar cuma belum siap je…Mesti rajin kerja ni

Berbalik kepada kemeriahan di Joypurhat, Bangladesh, Nad sempat menunjukkan kawasan rumah suaminya yang masih dalam proses pembinaan.

Melihat saiz kediaman itu, netizen menjadi kagum dan menyifatkan Mohammad Samim adalah seorang lelaki yang rajin bekerja sehingga mampu mempunyai tempat bertuduh yang cukup besar.

BACA: Suami suruh saya dan anak-anak tidur dalam stor bila keluarga dia datang…” rupanya ni dia nak sembunyikan