Kena tegur dengan pegawai bank, jutawan keluarkan semua duit

Kena tegur dengan pegawai bank, jutawan keluarkan semua duit

Kena tegur dengan pegawai bank, jutawan keluarkan semua duit. Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan selepas ditegur pegawai bank. Seorang lelaki di China meluahkan rasa kekecewaannya terhadap perkhidmatan yang diberikan daripada pihak bank walaupun dia tidak menyatakan apa yang sudah berlaku. Pihak bank itu berkata lelaki itu berasa marah selepas diminta untuk memakai pelitup muka.

Seorang jutawan telah mengeluarkan semua wang simpanannya dan mengarahkan pihak bank mengira semua wang tersebut satu demi satu selepas berang apabila seorang pegawai keselamatan memintanya memakai pelitup muka, lapor Mirror.

Lelaki itu telah mengeluarkan wang kertas sebanyak 5 juta Yuan (kira-kira £566,000) daripada cawangan bank tersebut, lapor Weibo.

Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan selepas ditegur pegawai bank
Jumlah tersebut merupakan jumlah maksimum wang tunai yang boleh dikeluarkan, tetapi jutawan tersebut merancang untuk datang ke bank tersebut setiap hari sehingga wang simpanannya habis dikeluarkan.

Kejadian itu juga hanya menglibatkan seorang pegawai keselamatan yang meminta lelaki tersebut memakai pelitup muka, jelas pihak bank.

Kena tegur dengan pegawai bank, jutawan keluarkan semua duit

Jutawan tersebut menuduh kakitangan bank itu mempunyai perlakuan yang tidak bagus dalam layanan yang diberikan sambil bermegah-megah dengan wang yang ada dalam akaunnya.

“Adalah perlu untuk saya meminta pihaknya mengira wang itu satu demi satu jika ianya kurang,” jelas jutawan itu.

Imej jutawan tersebut yang memuatkan wang tunai bernilai 100 Yuan dalam satu beg dan membawa beg ke kereta mewahnya telah tular di media sosial di China dan jumlah pengikutnya di dalam talian semakin meningkat kepada 1.7 juta.

Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan selepas ditegur pegawai bank

“Pelanggan (aduan mencadangkan) dia mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan,” tambah pihak bank.

Jelasnya lagi, jutawan itu hanya berasa berang selepas pegawai keselamatan itu menyuruhnya memakai pelitup muka sahaja dan masih tidak jelas adakah lelaki itu akan kembali untuk mengeluarkan baki wangnya di bank itu.

BACA:

Ibu Syamsul tak mengaku Ira Kazar menantu, lepas block nombor ini pula berlaku

Habis banjir tandas gara-gara tetamu tak diundang waktu ‘melepas’