Kena letak duit syiling dalam ‘freezer’ sebelum tinggalkan rumah, ini sebabnya

Kena letak duit syiling dalam 'freezer' sebelum tinggalkan rumah, ini sebabnya

Kena letak duit syiling dalam ‘freezer’ sebelum tinggalkan rumah, ini sebabnya. Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu.

Apabila kita nak tinggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama contohnya balik kampung atau bercuti, bab keselamatan memang kena take note kan.

Sebelum keluar kena pastikan sudah tutup semua lampu-lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran.

Tetapi kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan terpasang kerana mahu memastikan makanan yang ada dalam peti sejuk tidak rosak. Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa 5 hari kita tinggalkan rumah rupa-rupanya 3 hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi masa kita dah balik rumah suis dah ok

Apa yang terjadi pada peti ais kita sepanjang takde elektrik tu? Jom kita baca dan hayati perkongsian dari Rizzal Abdullah ini:

Bro,

Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.

Kena letak duit syiling dalam 'freezer' sebelum tinggalkan rumah, ini sebabnya

Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar..

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.

Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?

Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?

Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;

Syiling

Gelas plastik yang lut sinar

Air

APA NAK KENA BUAT:

*Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

*Lepas tu letak syiling atas ais tu.

*Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.

Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

*Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

BACA: 

Dr Mahathir dedah ‘kejayaan’ Najib

Ini jawapan padu Joe Flizzow jika ditawar RM100 ribu untuk cipta lagu founder