Kena ceroboh lagi, Menara Merdeka 118 dipanjat warga asing lagi

Kena ceroboh lagi, Menara Merdeka 118 dipanjat warga asing lagi

Kena ceroboh lagi, Menara Merdeka 118 dipanjat warga asing lagi./ Menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118 telah diceroboh sekali lagi oleh sekumpulan warga asing yang bertindak berani menyelinap masuk ke menara berkenaan.

Empat lelaki warga asing

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Driftershoots pada 30 Disember lalu, telah memaparkan bagaimana empat orang lelaki warga asing menceroboh bangunan tersebut. Penceroboh berkenaan dilihat memakai jaket keselamatan seperti pekerja binaan bagi mengelakkan identiti mereka dikenali. Malah, mereka juga memotong jaring keselamatan yang menutup laluan masuk, sebelum memanjat bangunan itu sehingga ke puncak.

Sebentar tadi saya dan tiga lagi rakan penjelajah telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118 iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 Meter.

Kena ceroboh lagi, Menara Merdeka 118 dipanjat warga asing lagi

Perjalanan yang panjang dan sukar serta penuh cabaran. Ada beberapa percubaan sebelum ini oleh beberapa individu telah berakhir dengan hukuman penjara, jadi kami sedar kami mungkin menghadapi perkara yang sama.

Perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun 2022. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan yang dilakukan untuk cinta dan saya tidak menggalakkan sesiapa untuk melakukan semula tindakan yang ditunjukkan dalam video ini.

Kena ceroboh lagi, Menara Merdeka 118 dipanjat warga asing lagi

https://www.facebook.com/reel/1478081052717737

Terdahulu, satu pasangan warga Russia telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia susulan tular video mereka menyamar dan menceroboh masuk ke bangunan tertinggi di Asia Tenggara itu. Hasil pemerhatian pihak OhBulan! video tersebut telah dipadam di Youtube.

BACA: 

Banjir kilat tak halang pelanggan nikmati sarapan pagi

Ibu Syamsul tak mengaku Ira Kazar menantu, lepas block nombor ini pula berlaku