Jika anda memikirkan mengenai gergasi makanan segera global, mungkin McDonald’s yang terlintas dalam fikiran anda.
Rangkaian ini telah membuka restoran di lebih dari 100 buah negara dan menjadi ikon di Amerika Syarikat sejak tahun 1950-an.
Namun, terdapat sebuah negara Eropah di mana McDonald’s tidak berjaya mendapat sambutan dan perhatian, iaitu Iceland.
McDonald’s berusaha selama 15 tahun untuk menempa nama di Iceland, tetapi pada tahun 2009, mereka menutup baki 3 kedai tanpa rancangan untuk kembali.
Jadi, apakah sebenarnya yang tidak kena dengan McDonald’s di Iceland?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu kembali ke masa McDonald’s pertama kali memasuki pasaran Iceland pada tahun 1993.
Pada ketika itu, negara pulau ini sedang beralih ke arah ekonomi pasaran bebas dan menjadi lebih global. Perdana Menteri ketika itu, Davíð Oddsson, menjadi orang pertama di Iceland yang mencuba hamburger McDonald semasa pembukaannya. Ini dianggap sebagai tanda negara ini akhirnya menyertai dunia global moden.
Pada mulanya, orang tempatan menyambut baik McDonald’s sebagai simbol bahwa mereka tidak lagi mengasingkan diri dan menunjukkan semangat nasionalisme. Tetapi pada tahun 2008, keruntuhan ekonomi global melanda negara kecil ini, yang menyebabkan McDonald’s menghadapi pelbagai masalah.
Pemilik francais McDonald’s Iceland, Jon Gardar Ogmundsson, menyatakan bahawa harga bahan mentah yang diimport dari Jerman meningkat dengan ketara. Hal ini membuatkan McDonald’s terpaksa menaikkan harga burger Big Mac sebanyak 20%, menjadikannya yang termahal di dunia ketika itu.
Pada tahun 2009, McDonald’s mengumumkan penutupan 3 cawangannya dengan alasan kos operasi yang tinggi. Francias tempatan McDonald di Iceland, “Lyst,” melaporkan bahawa perniagaan mereka sangat memberangsangkan ketika McDonald’s keluar.
Walaupun beberapa perniagaan makanan segera lain seperti Burger King dan Pizza Hut juga menutup cawangan mereka, KFC bertahan kerana kebanyakan bahan mentah mereka ditanam di Iceland.
Iceland dikenali kerana harga makanan yang tinggi, dan setelah penutupan, francais McDonald’s Iceland menamakan semula kedainya sebagai “Metro,” menggunakan bahan mentah tempatan untuk mengekalkan kos rendah.
Meskipun McDonald’s meninggalkan Iceland, dengan ekonomi yang semakin baik dan pertumbuhan industri pelancongan, mungkin masih ada peluang untuk mereka kembali ke rantau Nordik ini.
BACA: Tak sedar termakan gula-gula dicampur ganja, 60 murid sekolah rendah masuk hospital