Kemana halatuju Hannah Yeoh dalam KBS?

Kemana halatuju Hannah Yeoh dalam KBS?

Kemana halatuju Hannah Yeoh dalam KBS?. Kehadiran Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan diharap mampu membawa sentuhan ‘ajaib’ dalam meningkatkan lagi kualiti dan pencapaian atlet di peringkat antarbangsa.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, penantian untuk mengetahui siapa yang menerajui KBS akhirnya terjawab sekali gus dapat memastikan program yang direncanakan sebelum ini diteruskan tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata, kehadiran Hannah juga memberi gambaran baharu kepada pentadbiran sukan di negara ini apabila kembali diterajui oleh wanita.

“Saya secara peribadi bersyukur akhirnya mendapat jawapan yang kita tunggu dan juga gerakan program dirancang dengan lebih rancak menerusi kehadiran Menteri KBS.

“Mungkin sentuhan ajaib daripada Menteri yang juga seorang wanita yang sangat kita kenali. Pada masa sama kita akan memberikan gambaran berkaitan sukan di negara ini.

Kemana halatuju Hannah Yeoh dalam KBS?

“Pada masa sama, beliau dapat memperjuangkan program latihan yang lebih berkesan untuk atlet demi kemajuan sukan negara kelak,” katanya.

Mengikut rekod, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut, dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Azalina pula dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, Hannah juga pernah menjawat jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

BACA:

Pas tuntut janji manifesto PH, beri peruntukan sama rata kepada pembangkang

Wanita kongsi kesedihan perkahwinan dibatalkan, sekali bakal suami dedah apa berlaku

Hanya guna bawang putih & serai, elak kucing berak merata