Adab dalam berkunjung ke rumah orang, tidak kira sahabat atau saudara sendiri perlu maklum kepada pemiliknya terlebih dahulu dan bukan main terjah sahaja.
Seorang wanita mengakui kekerapan keluarga suami datang tanpa mengira masa menyebabkan dia merasa tidak selesa di rumah sendiri.
“Saya seorang isteri (suri rumah) yang introvert, mempunyai seorang anak dan saya berkahwin dengan seorang lelaki extrovert.
Jujur saya kata bukan perkara yang mudah untuk saya sesuaikan diri berada di kehidupan suami saya kerana keluarga suami sejenis yang riuh rendah, banyak cakap.
Mereka juga selalu berkumpul ramai-ramai dan boleh dikatakan hubungan suami dengan family dia termasuk makcik pakcik sedara mara sangat akrab.
Keluarga mentua datang masa suami bekerja
Masalah pertama saya bermula apabila keluarga suami suka berkunjung ke rumah dan ada masa datang sewaktu suami kerja.
Apa yang membuat saya terkilan saya ada dalam group WhatsApp family suami tapi nak datang rumah bagitahu dekat suami saya walhal saya yang ada dekat rumah bukan suami.
Saya boleh husnudzon mungkin family suami tak selesa cuma saya sebagai orang baru rasa terpinggir.
Buat macam rumah sendiri
Masalah kedua saya, family suami kalau datang bukan mak ayah dia je datang adik-beradik dia semua pon ikut walaupon semua dah besar panjang akan jadi tak selesa sebab ada yang bukan mahram.
Okay itu saya tak kisah sangat, apa yang membuat saya rasa bertambah tak selesa setiap kali dorang datang rumah dorang akan buat rumah tu macam rumah sendiri.
Buka televisyen ikut suka. Kalau saya ada beli makanan ke jajan, contoh air ke aiskrim, mereka main buka je peti ais rumah saya. Langsung tak mintak izin.
Okay ini okay lagi mungkin saya yang over. Bila nampak jajan dekat rumah saya terus ambil tak pon tunjuk dekat suami saya.
Ini bukan masalah berkira sekarang ni pasal adab apa-apa pun mintalah izin dulu. Semua benda bertambah tak okay di mata saya lepas saya ada anak.
Tak ada privasi nak menyusukan anak
Masalah ketiga saya masa saya berpantang nak menyusukan anak dalam bilik. Saya dikerumun dengan family suami termasuk lelaki.
Apa yang bertambah tak selesa lepas ada anak, family suami makin kerap datang ke rumah.
Ada masa datang ikut suka tak bagitahu dan datang pula hanya untuk tengok anak saya paling kejap boleh jadi satu jam ke tiga jam.
Bila datang pula semua ikut sekali yang hanya borak tanya pasal saya cuma mak suami sahaja yang lain cuma datang nak tengok dan main dengan anak saya.
Salah seorang family dia pernah sanggup tunggu anak saya bangun baru nak masuk dalam rumah sebelum tu duduk dalam kereta je.
Lepas anak saya bangun baru masuk dalam lepas je anak saya nak tidur balik terus keluar macam tu je.
Agak-agak sekarang segala ketidakselesaan saya dengan family suami tu over ke? Okay saya tambah lagi point yang buat saya bertambah tak selesa.
Patut ke saya tak selesa kalau family suami ada dekat rumah saya dan tiba-tiba mereka ajak makcik sepupu saudara suami datang rumah tanpa tanya saya dulu.
Ye, saya hanya mendengar mereka nak ajak datang rumah tapi tak mintak izin atau tanya terus kepada saya sebagai tuan rumah.
Saya yang over ke atau family suami yang melebih? Semata nak tengok anak saya sampai jenguk bilik orang, masuk bilik orang ikut suka tak minta izin langsung.
Sejak saya kahwin memang saya perati yang family suami jenis takda adab dan common sense. Okay tak apalah mungkin yang tak boleh lebih kurang dan nak semua benda ikut cara saya.
Benda yang paling buat saya atau mak-mak lain tak selesa bila ambil anak saya bawa keluar rumah tak mintak izin saya dulu walhal saya ni maknya ada depan mata.
Dia sampai tahap nak pergi keluar naik kereta pon nak angkut anak saya sekali tapi tak minta izin saya yang ada depan mata dia, jadi saya ni tunggul ke?
Mungkin salah saya sebab tak cakap, tak tegur sendiri masalah saya adalah mulut saya sentiasa terkunci bila nak tegur sebab setiap kali nak tegur emosi dan baran saya sangat membuak tinggi.
Saya cuba tapi mulut masih tetap terkunci tapi sampai bila saya nak makan hati kalau berdiam berterusan?
Apa yang saya nampak sekarang ni family suami tak betul terima saya masuk dalam family mereka.
Tambah pula lepas ada anak saya rasa betul la orang kata, orang hanya nak dan suka anak kita tapi bukan diri kita.
Satu jela saya nak cakap tak kisah hubungan kita dengan family tu rapat macam belangkas sekalipun lepas dah kahwin mak ayah mahupun adik beradik perlu ada set limit dan juga boundaries masing-masing.
Jadi tak ada yang akan terasa hati contoh jenis usik barang orang tak mintak izin.
Lepas ahli keluarga kita dah kahwin, yang lain tu kena cuba pikir, abang aku dah kahwin takpa ke aku buat macam ni nanti isteri dia tak suka tak selesa.
Maaf andai kata susunan ayat berterabur. Yang baik datang dari Allah yang jahat datang daripada saya sendiri.”
BACA: Dari semalam jenazah belum kebumi lagi! “Ini semua sebab syarat pelik AJK masjid..”