Apabila berada di tepi pantai, mungkin anda kerap melihat lubang-lubang kecil di pasir pantai, bukan?
Biasanya, lubang-lubang tersebut adalah tempat tinggal bagi ketam-ketam.
Selain daripada ketam, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang mungkin berada di situ.
Tidak menghairankan jika kawasan tersebut juga menjadi tempat persembunyian untuk haiwan seperti biawak, buaya, atau obor-obor.
Oleh itu, penting untuk berhati-hati semasa berada di pantai. Ini kerana, kelalaian anda boleh membawa risiko kepada keselamatan diri sendiri.
Jika anda tidak berwaspada semasa berjalan-jalan di tepi pantai, ada kemungkinan anda akan terpijak Obor-obor Api atau yang juga dikenali sebagai Man O’war.
@ganuonthego Tengok pon dah seram inikan pulak kalau terkena dengan dia . #Hello2024 #fyp #foryou #photography #xyzbca #foryoumalaysia #mi5imalaysia #monsoonseason #infobanjir #ganuonthego #portuguesemanowar #terengganu #terengganudaruliman ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin
Sebuah video yang dikongsi di platform TikTok menunjukkan seorang individu yang menemui obor-obor tersebut di tepi pantai. Individu tersebut meletakkan obor-obor itu ke dalam botol air minuman dan menanamkannya.
Diketahui, obor-obor tersebut ditemui di sekitar Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Jadi, para pengunjung yang ingin ke sana perlu memastikan keselamatan diri dan juga anak-anak.
Untuk pengetahuan, mengikut laman web National Geographic, Obor-obor Api mempunyai nematocyst yang mengandungi racun. Racun ini digunakan untuk melumpuhkan dan membunuh ikan atau makhluk kecil lainnya.
Kesan Sengatan Terhadap Manusia
Apa yang akan berlaku jika seseorang disengat oleh obor-obor ini? Kesan sengatan obor-obor ini pada manusia adalah menyebabkan rasa sakit yang teramat serta meninggalkan kesan bilur pada kulit anda. Oleh itu, perlu berhati-hati semasa berada di pantai.
Walaupun sengatan obor-obor ini sangat menyakitkan, ia jarang membawa maut kepada manusia. Namun, bukan bermakna boleh memandang remeh. Seperti yang dijelaskan, obor-obor ini masih mampu menyebabkan kesakitan yang tidak terhingga kepada manusia.
Selain itu, jika anda menjumpai obor-obor yang sudah mati, elakkan menyentuhnya. Ini kerana, racun yang terdapat pada nematocyst obor-obor tersebut masih boleh menyebabkan sengatan. Sebaliknya, gunakan sesuatu untuk mengalihkan atau menanamkannya.
Jadi, berhati-hatilah ketika berseronok di tepi pantai. Selalu pantau anak-anak anda agar mereka tidak terlibat dengan haiwan ini.