Kekacauan meletus di Belgium, Belanda gara-gara Piala Dunia

Kekacauan meletus di Belgium, Belanda gara-gara Piala Dunia

Kekacauan meletus di Belgium, Belanda gara-gara Piala Dunia. Rusuhan meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor Agensi Anadolu.

Beberapa orang berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Brussels Midi dan melemparkan bunga api, di beberapa kawasan lain ada yang bertindak membakar tong sampah dan merosakkan beberapa kemudahan awam.

Polis Brussels mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan sebahagian jalan masuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan di pusat bandar turut ditutup.

Kekacauan meletus di Belgium, Belanda gara-gara Piala Dunia

Datuk Bandar Brussels, Philippe Close menyelar tindakan itu dan menggesa mereka tidak mencetuskan kekacauan di kawasan pelancongan dan pusat beli-belah.

Sementara itu, penyokong Maghribi yang meraikan kejayaan pasukan mereka berkumpul di dataran di Amsterdam menyebabkan berlaku kekacauan.

Kira-kira 5,00 peminat turut berkumpul di Rotterdam dan ada yang bertindak melemparkan bunga api.

Maghribi menewaskan Belgium 2-0 pada Ahad hasil jaringan Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Abouhlal.

BACA:

Anwar semakin dapat sokongan kukuh sebagai PM

BN beri jaminan sokong undi percaya terhadap PM

Kebas duit masjid, penyamun kena cekup sebelum sempat enjoy