Kehadiran Unit Forensik ke rumah Zalina Azman cetus tanda tanya

Kehadiran Unit Forensik ke rumah Zalina Azman cetus tanda tanya

Kehadiran Unit Forensik ke rumah Zalina Azman cetus tanda tanya. Pasukan forensik dari Bukit Aman hari ini memeriksa rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman bagi meneruskan siasatan kes kehilangan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata bagaimanapun hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.

“Pemeriksaan pada kira-kira 10 pagi tadi dilakukan bagi mencari jika terdapat bukti-bukti baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina, 58, daripada anak lelakinya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Polis percaya Zalina masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkannya yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Kehadiran Unit Forensik ke rumah Zalina Azman cetus tanda tanya

Imbas kembali laporan bulan lepas, pihak polis memaklumkan sukar untuk menjejaki pekerja yang membuat kerja pengubahsuaian di rumah Zalina Azman ekoran proses tersebut telah lama dijalankan, lapor Bernama.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi ketika itu berkata status kewarganegaraan pekerja hanya dapat dikenal pasti sekiranya mereka sendiri tampil untuk membantu siasatan kes kehilangan pembaca berita yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Katanya, siasatan lanjut merangkumi setiap sudut akan dijalankan untuk mencari petunjuk mengenai kehilangan wanita itu.

“Namun siasatan akan diteruskan merangkumi sudut dijalankan berdasarkan petunjuk baharu. Setakat ini status masih sama, kami tiada petunjuk baharu, Kertas Enkuiri Polis (KEP) akan diteruskan,” katanya memetik laporan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditanya di sidang media Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor pada Julai.

BACA:

Disangka hamil, akhirnya Risteena dedah hal sebenar

Smartphone percuma untuk golongan ini, semak kelayakan dan cara mohon

Kerana pengecas iPhone, Apple didenda RM10.53 juta