Kedi wanita dakwa dicabul 2 leftenan kolonel di kelab golf

Seorang kedi wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul oleh dua pegawai kanan tentera

Berpangkat leftenan kolonel, di sebuah kelab golf di Alor Gajah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata pihaknya menerima laporan pada hari sama

Kedi wanita dakwa dicabul 2 leftenan kolonel di kelab golf

daripada wanita berusia 21 tahun terbabit yang mendakwa insiden berlaku ketika dia sedang bekerja di kelab golf itu.

Susulan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka dan kedua-dua pegawai kanan tentera berumur 50-an terbabit dipanggil bagi membantu siasatan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima dua lagi laporan polis berkait dakwaan insiden cabul berkenaan, yang dibuat oleh seorang daripada suspek terbabit dan rakan sekerja kedi wanita itu.

“Suspek terbabit membuat laporan menafikan kejadian itu, manakala satu lagi laporan dibuat rakan sekerja kedi wanita itu yang berusia 35 tahun dengan menyatakan dia tidak melihat insiden berkenaan berlaku.

“Justeru, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

BACA: Salah hilang sejuta followers di Facebook, gara-gara berdiam diri isu Palestin