Kedai gunting rambut tawar khidmat tukang gunting wanita seksi kena denda

Kedai gunting rambut tawar khidmat tukang gunting wanita seksi kena denda

Kedai gunting rambut tawar khidmat tukang gunting wanita seksi kena denda.

Satu operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilaksanakan terhadap sebuah premis gunting rambut yang tular kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis gunting rambut berkenaan telah menjalan aktiviti perniagaan tanpa mempunyai lesen sah.

Sehubungan itu katanya, MBSJ telah mengeluarkan dua notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan (MPSJ) 2013 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis yang didapati melanggar peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kedai gunting rambut tawar khidmat tukang gunting wanita seksi kena denda

“Sebarang aduan atau permasalahan boleh terus melaporkan melalui aplikasi aduan awam MBSJ atau Pusat Panggilan Kawalan MBSJ di talian 03-8024 7700,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah kedai gunting yang terletak di Puchong tular di media sosial selepas memaparkan gambar wanita berpakaian seksi dipercayai pekerja di premis berkenaan.

BACA:

Wanita ini kongsi sebab ramai profesional tak mahu balik Malaysia, rupanya ini puncanya

Elak penipuan kedai tayar, ini yang orang ramai tidak tahu

Sophia Albarakbah bidas netizen, seksi tak semestinya jahat

COMMENTS

Wordpress (0)