Kecoh restoran popular ni jual sotong goreng RM100 seekor

Kecoh restoran popular ni jual sotong goreng RM100 seekor

Pelanggan sebuah restoran popular berkongsi gambar resit seekor sotong goreng berharga RM100 yang tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan paparan resit berkenaan, pelanggan tersebut menikmati menu itu bersama dua pinggan nasi putih, telur masin (dua) dan sayur kira-kira pukul 5.30 petang pada Isnin lalu.

Kecoh restoran popular ni jual sotong goreng RM100 seekor

 

Harga yang tertera pada resit yang dipercayai untuk dua orang makan itu adalah sebanyak RM108.30, namun individu yang memuat naik gambar tersebut hanya meletakkan keterangan yang berbunyi: “Sotong goreng RM100”.

Sebelum ini restoran berkenaan tular di media sosial apabila seorang pelanggan berkongsi resit yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar yang mencecah harga RM100 sehingga mendapat kecaman netizen.

Namun, menurut wakil restoran, harga kesemua makanan yang dijual telah disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong yang dijual antara RM10 dan RM150 seekor berdasarkan saiznya.

Sementara itu, perkongsian gambar resit itu yang berlatar belakang logo kereta jenis Honda berwarna putih berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Padahal dia nak beritahu setakat sotong goreng RM100 je, tiada hal. Janji ada logo H, Honda,” tulis Faizal di ruangan komen.

“Sudah banyak kali. Ramai orang yang terkena kat sini,” kata Mohd. Kasim Selamat.

Berita Lain:

Kucing anda selalu berak merata? Guna je bahan ni confirm tak buat dah..

Kapal berusia 130 tahun ditemui semula, keadaanya buat orang ramai terkejut

Cara mohon bantuan kerajaan hampir RM4,000 setahun untuk B40 dan M40

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)