Kecoh Puteri Sarah selamba hisap vape masa ‘live’

Peminat Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa dan terkejut mendakwa selebriti itu menghisap sesuatu seperti rokok elektronik (vape) ketika bersiaran langsung di TikTok.

Netizen yang mengikuti sesi live tersebut meminta selebriti itu memberi penjelasan dan mengakhiri tanda tanya yang bermain di fikiran mereka.
puteri sarahKredit: Youtube Selebriti Malaysia

Kecoh Puteri Sarah selamba hisap vape masa 'live'

Tapi, nampaknya vape tersebut adalah kepunyaan pembantu peribadi Sarah yang dikenali sebagai Acu. Acu mengaku dia seorang perokok tegar dan kini cuba untuk berhenti rokok dengan menghisap vape.

Vape yang dilihat dalam video dibeli Acu ketika berada di Jakarta dan kandungannya adalah tanpa nikotin.

@_norainibasre_ #gossip #artismalaysia #andiarsyil #puterisarahliyana #beritatiktok #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop ♬ bunyi asal – Noraini Basre

Acu mengaku silap dan meminta maaf kerana menghulurkan vape tersebut kepada Puteri Sarah ketika selebriti itu sedang rancak berbual mengenai isu pecah amanah.

Rakan baik Puteri Sarah yang sudah berkawan lebih 5 tahun turut tampil mempertahankan Puteri Sarah. Katanya, sudah tentu dia akan menegur jika selebriti itu ada melakukan perkara tidak baik.

Sepanjang berkawan, dia tak pernah lihat Puteri Sarah hisap vape seperti yang berlaku di sesi live kelmarin.

Baca juga:Ingat luar negara punya, ini 5 animasi terkenal yang sebenarnya buatan Malaysia