Terkenal dengan selitan lawak-lawak spontan dalam ceramah yang diberikan, populariti pendakwah bebas,
Ustaz Syamsul Debat atau nama penuhnya,Syamsul Amri Ismail memang tak perlu dipertikaikan lagi.
Semalam, dia telah diundang sebagai pelakon jemputan menerusi sketsa hiburan,
Sepahtu Reunion Live 2023 yang bersiaran langsung di Astro Warna.
Cameo minggu ini, Ustaz Syamsul Debat
Ketika itu, Jep yang membawa watak penagih barang haram sedang melakonkan babak dia meratapi pemergian ayah tercinta.
@jackchan666 SEPAHTU REUNION 2023 #jepsepahtu #ebbyyus #rahimr2 #pakya #syamsuldebat #cemeo ♬ original sound – jackchan
Saat inilah Ustaz Syamsul Debat muncul bagi memberikan sedikit nasihat buat lelaki itu.
Suasana pentas bertukar kecoh dengan gema suara penonton yang teruja melihat sosok pendakwah itu.
Kau bagilah aku cakap pula…Memang kalau tanya saya, takkan diampunkan, tapi…
Lucunya, keletah Jep Sepahtu yang terlalu banyak mundar-mandir dan tak berhenti meruang hampir sahaja membuatkan Ustaz Syamsul Debat terlupa dialognya sendiri.
Meskipun kemunculannya di pentas siaran langsung itu cukup sekejap, namun dapat dirasakan aura lawaknya melalui beberapa ayat kelaka
BACA: Cikgu wanita tergamak kurung anak murid sendiri dalam kelas bersama seorang lelaki untuk diperkosa