Kecoh pengantin lelaki bersanding seorang diri atas pelamin, ini yang jadi rupanya

Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan segalanya. Seorang pengantin lelaki tular di media sosial TikTok setelah dilihat melangsungkan majlis persandingannya seorang diri tanpa mempelai wanita di sisi.

Ia sekaligus mencetuskan persoalan ke mana perginya sosok isteri tercinta yang seharusnya ada di acara bahagia mereka.

Walaupun nampak bahagia, dalam hati dia saja tahu

Kecoh pengantin lelaki bersanding seorang diri atas pelamin, ini yang jadi rupanya

Dalam video yang dikongsikan oleh @ewansani84, difahamkan pengantin lelaki bernama Daniel yang segak berbusana emerald green itu sebenarnya berasal dari United Kingdom. Dia telah bertemu jodoh dengan seorang wanita Malaysia bernama Nur Farah Ashykin Binti Mohd Salleh, 35, di mana mereka sudah pun bernikah di negara Jepun kira-kira setahun yang lalu.

Hajat naik pelamin tak tercapai…Namun majlis tetap diteruskan

Pulang ke Malaysia untuk melangsungkan majlis sanding, siapa sangka jodoh Daniel dan Farah terhenti setakat di sini sahaja. Segala persiapan sudah dibuat termasuklah menempah busana cantik dari sebuah butik pengantin. Namun Farah yang menghidap barah terlebih dahulu dijemput pulang ke ‘negeri abadi’ dan tidak sempat menaiki pelamin bersama-sama suami tercinta.

Pada 8 Disember 2023, Farah maklumkan barahnya sudah merebak ke otak

Hasil perkongsian pihak butik, Farah sebelum ini terpaksa menunda beberapa sesi janji temu mereka lantaran masalah kesihatan yang dihadapi. Memahami keadaan Farah yang tidak begitu mengizinkan, butik tersebut tidak kisah untuk memberikan ruang sehingga keadaannya membaik. Hajat tidak kesampaian, terlihat Daniel yang datang mencuba baju di sana telah menitiskan air mata ketika menatap busana Allahyarhamah Farah.

Baca juga:Tak pernah dibuat orang, pengantin terima hadiah kebun kelapa sawit