Kecoh model hijab tidak lagi pakai tudung, rupanya ini yang berlaku

Kecoh model hijab tidak lagi pakai tudung, rupanya ini yang berlaku

Kecoh model hijab tidak lagi pakai tudung, rupanya ini yang berlaku. Nama model Ayana Jihye Moon berasal dari Korea pernah menjadi sebutan ramai di Malaysia selepas memilih untuk menjadi seorang mualaf pada tahun 2012.

Ayana mula berjinak dalam bidang permodelan hijab dan pakaian muslimah sehingga namanya dikenali ramai.

Beliau juga mempunyai pengikutnya tersendiri malah ramai dalam kalangan wanita menjadikan dia sebagai ‘role model’ selain menginspirasikan gaya dan fesyennya yang menutup aurat.

Namun perkongsian Ayana terkini di laman Instagram beliau mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya.

Menerusi gambar terbaru yang dikongsikan, kelihatan Ayana hanya menutup rambutnya menggunakan hoodie sahaja tanpa memakai hijab sehingga menampakkan warna rambut serta lehernya.

Kecoh model hijab tidak lagi pakai tudung, rupanya ini yang berlaku

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buatnya dan ada segelintir daripada mereka seakan kurang senang dengan penampilan baharu Ayana.

Mereka tertanya-tanya adakah Ayana masih berhijab atau sebaliknya.

BACA:

Rugi RM6 juta setahun, KTMB hentikan Ekspress Wau Tumpat ke KL

Puteri Sarah saman netizen pula kerana difitnah

Netizen dedah identiti Ustaz didakwa rogol remaja 14 tahun