Kecoh lirik ‘Miskin Hina’ dalam lagu Sesuci Lebaran hina orang miskin

Kecoh lirik ‘Miskin Hina’ dalam lagu Sesuci Lebaran hina orang miskin. Baru-baru ini tular satu rakaman video yang mendakwa lagu raya Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai toksik kerana menghina golongan orang miskin ketika bahagian ” Bantulah miskin hina “.

Rakaman video itu tular di mana seorang lelaki mempertikaikan bahagian lirik lagu “Bantulah miskin, hina “. Mungkin, dia salah faham atau tidak tahu makna disebalik lirik tersebut.

Susulan daripada isu tersebut, pengacara dan personaliti terkenal, Ahmad Fedtri tampil memberi penjelasan tentang makna lirik ‘ miskin hina ‘ dalam lirik lagu Sesuci Lebaran.

Fedtri menjelaskan bahawa maksud miskin hina tifak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi katanya ia hanya perkataan menunjukkan miskin itu taraf lebih rendah dari kaya.

Tambahnya lagi, kutuk hina itu bukanlah bermaksud menghina tetapi sebaliknya ia membawa maksud sebagai merendah diri dalam status sosial.

@fedtriyahya Miskin hina hanyalah kiasan saja. Kena banyak membaca 😀 #sesucilebaran ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

“Dalam doa pun kita digalakan menghina diri kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik. Kita perlu meletakkan diri kita di bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa.”

“Kita perlu banyak membaca bahasa Melayi ini keraa ia banyak maksud dan kiasannya malah banyak falsafah disebalik perkataan itu,” tambahnya lagi dalan rakaman video tersebut.

Untuk pengetahuan anda, lagu Secuci Lebaran ini dicipta oleh Allahyarham Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun. Mula dimainkan pada tahun 2003 dan masih kekal ‘segar hijau’ sehingga Aidilfitri yang menjelang tiba tahun ini.
TONTON :

BACA: 

Belum habis kes Bella, Siti Bainun disiasat kes kematian baby Adam pula

Akhirnya kembar siam usia tiga tahun berjaya dipisahkan

COMMENTS

Wordpress (0)