Kecoh kes Ariff Bahran tunjuk duit berkepuk dalam peti ais, sekali LHDN pula muncul?
Penyanyi tempatan, Ariff Bahran baru-baru ini telah menerima kritikan netizen kerana memuat naik video dirinya mengeluarkan duit dalam peti sejuk. Eh kenapa pula tu
Video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan dirinya seolah-olah mahu mengambil sesuatu dari peti sejuk kerana lpar.
Namun, sejumlah wang yang banyak dipercayai hasil aktiviti tradings miliknya turut tersimpan di dalam peti tersebut.
Simpan duit dalam peti sejuk
@ariffbahran Kalau kau lapar perlu duit ke perlu makanan ? #fyp ♬ original sound – ariffbahran
Dalam video itu juga, Ariff seolah-olah terkejut melihat duit yang banyak tersebut dan melupakan hasrat mencari makanan kerana ‘kenyang’ melihat wang berkenaan.
Menjengah ke ruang komen, segelintir netizen mengkritik tindakan penyanyi terbabit yang menunjuk-nunjuk di khalayak ramai. Malah ada juga yang melabel dirinya sebagai seorang yang takbur.
BACA:
Lebih 50 tahun tersangkut di Korea, ini kisah sedih mak cik yang berasal dari Johor
Ingatkan Jho Low dah ‘terpaling’ penipu, rupanya ini kisah ‘scammer’ yang terkenal dalam dunia