Kecoh Ismail Izzani hamilkan anak dara orang, sekali ibu pelakon terkenal dedah perkara sebenar
Perkongsian TikTok yang tular berkenaan satu artis popular didakwa menghamilkan seorang wanita telah menjadi perbualan netizen hari ini.
Nama selebriti, Ismail Izzani telah dipetik netizen yang dengan sengaja menuduh bahawa individu tersebut adalah penyanyi lelaki itu tanpa sebarang bukti.
Disebabkan tuduhan yang tidak masuk akal tersebut, ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam mengatakan bahawa berita tersebut adalah satu fitnah ke atas anak lelakinya.
Memetik laporan dari Mstar, Suliza dengan tegas menafikan dakwaan tersebut dan beranggapan bahawa individu berkenaan yang sudah tidak betul.
Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” katanya ringkas.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan daripada penyanyi itu sendiri berhubung isu tersebut memandangkan fitnah yang dilemparkan baru sahaja tular.
Terdahulu, terdapat posting dari satu akaun TikTok yang dipercayai seorang wanita mendakwa selebriti lelaki tidak mahu bertanggungjawab diatas kehamilan tersebut.
Dia juga meminta agar kandungan itu digugurkan dan telah meninggalkan wanita tersebut.
Pengguna TikTok itu juga mendedahkan yang ibu bapa kepada artis dari Malaysia berkenaan memberi respon yang negatif ketika dihubungi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bukan Ismail Izzani yee
Selepas nama pelakon drama Bukan Hanya Sekadar Cinta itu terus menjadi bualan, pengguna TikTok terbabit telah tampil menafikan dakwaan Ismail Izzani yang menghamilkannya.