Kecoh Aliff Syukri didakwa promosikan dakyah LGBT

Kecoh Aliff Syukri didakwa promosikan dakyah LGBT. Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri malas hendak menafikan mahupun mengiyakan dakwaan segelintir pihak mengatakan dirinya ‘ejen’ mempromosi dakyah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi peluncuran single raya terbaharunya, Kelepok Raya.

Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman berkata, tidak wajar sekiranya orang ramai sewenang-wenangnya menghakimi seseorang hanya berdasarkan luaran sedangkan apa penting adalah mesej yang ingin menerusi karya tersebut.

“Mereka yang terlibat (menari) dalam klip video merupakan penari profesional. Mereka ada kerjaya tetap. Seorang itu merupakan seorang pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.

“Dalam profesion askar pun ada biro atau exco kebudayaan tahu? Bila kalian menghina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kecoh Aliff Syukri didakwa promosikan dakyah LGBT

Aliff, 35, ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya di sini, malam tadi.

Isteri Aliff iaitu Datin Nur Shahida Mohd. Rashid yang turut melantunkan vokalnya dalam lagu terbabit juga mempertahankan para penari dalam klip video yang akan dilancarkan dalam YouTube pukul 12 tengah hari ini.

“Ada antara mereka yang dah kahwin dan punya isteri. Jadi, kita tak boleh nak hakimi orang daripada apa yang kita nampak sahaja sebenarnya.

Kecoh Aliff Syukri didakwa promosikan dakyah LGBT

“Netizen nampak lembut saja, terus cop golongan LGBT,” ujar Shahida.

Aliff bagaimanapun akur dengan realiti bahawa netizen mempunyai hak untuk memberi komen apa sahaja, termasuk tentang dirinya yang masih tidak serik dan sengaja mengada-adakan gimik untuk meraih publisiti murahan.

“Beginilah, saya tak menafikan atau mengiyakan (tentang promosi dakyah LGBT). Netizen boleh komen apa sahaja. Orang kata saya buat gimiklah. Saya terbuka dan kalau orang nak maki hamun peminat-peminat, bagi saya mudah, yang buruk saya terima serta yang baik pun saya sedia terima.

“Sebab bagi saya, tanpa gimik lagu ini tak akan meletup. Saya bukan Siti Nurhaliza. Kalau kalian tak berfikiran moden (terbuka), maka fikiran akan duduk dalam kepompong yang sama. Bila industri muzik Malaysia nak naik kalau kalian semua tak nak menyokong?,” getus bapa kepada enam orang cahaya mata itu.

 

Kecoh Aliff Syukri didakwa promosikan dakyah LGBT

Gara-gara klip video muzik tersebut juga, Aliff terdahulu dikecam hebat, bukan sekadar oleh netizen bahkan ibunya sendiri turut menyelar penghasilan yang didakwa kerja seni itu sebagai ‘art tahi anjing’.

Kelepok Raya edaran Rusa Music merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Azmi Hassan atau nama sebenarnya Amy Ukays dan muzik video diarahkan Nazril Azri. – KOSMO! ONLINE

TONTON:

BACA:

Bekas KSN, Dr Ali Hamsa dilaporkan meninggal dunia

Rozita selar Aliff Syukri, “seni tahi anjing kaulah!”

Eira Syazira nak bawa suami pindah Indonesia, dah tak suka Malaysia?

COMMENTS

Wordpress (0)