Keadaan terkini Tun Mahathir membimbangkan

Gambar tular yang didakwa memaparkan keadaan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan palsu, lapor Astro Awani.

Difahamkan, gambar yang menunjukkan individu seakan-akan bekas Ahli Parlimen Langkawi terlantar di hospital telah tular di pelbagai platform media sosial.

Penularan gambar berkenaan telah mengundang spekulasi dan sekali gus menyebarkan berita palsu berkenaan keadaan kesihatan beliau.

Keadaan terkini Tun Mahathir membimbangkan

Sehubungan itu, pengguna media sosial dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial masing-masing.

Mahathir menerima rawatan di IJN sejak minggu lepas

Sebelum ini, Tun Mahathir dilaporkan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Berdasarkan laporan Astro Awani, beliau telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari akibat jangkitan.

Susulan itu, pihak IJN memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keadaan kesihatan terkini Tun Mahathir dalam masa terdekat.

Sebelum ini, jurucakap Mahathir memberitahu, beliau juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan, lapor Astro Awani.

Pembicaraan kes saman fitnah telah ditangguhkan sehingga Julai depan

BACA JUGA: Kenapa jantung pisang berbirat hitam lepas rebus? Guna teknik ini elak jadi macam itu