Semalam, satu video viral memperlihatkan banjir di dalam pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas air hujan meresap dari siling.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ memberi jaminan bahawa operasi di cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur berjalan seperti biasa hari ini.
Menurut Kosmo, beliau menyatakan bahawa meskipun beberapa kawasan terjejas akibat hujan lebat semalam
Dia perlu ditutup sementara, bukan semua bahagian bangunan terjejas.
“Hanya tempat yang terkesan sahaja (ditutup sementara) dan bukan seluruh bangunan itu.
Cuma ada beberapa seksyen di JPJ Wangsa Maju yang terpaksa ditutup untuk proses baik pulih, antaranya di bahagian pelesenan pemandu, namun tidak semua kawasan terkesan banjir,”
JPJ WANGSA MAJU- raining cats and dogs inside.imagine what the outside would be. pic.twitter.com/BNoqjH6qRw
— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) May 7, 2024
katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam tadi.
Beliau menegaskan bahawa JPJ Kuala Lumpur sedang menyusun laporan termasuk mengenai kerosakan dan akan menghantar kepada Ibu Pejabat JPJ.
BACA: Berlaku di Malaysia! Tak bayar hutang pemadam, budak 9 tahun terpaksa jadi hamba s*ks