KB Mall dinobat kompleks beli belah terunggul di Malaysia, kalah Sogo dan KLCC
KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah
“Retail Development”(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.
Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato’ Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.
Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.
“Sewaktu urusetia majlis tersebut menalefon saya bagi pengesahan kehadiran, saya tidak sangka kita akan menerima anugerah seumpama itu kerena pengumuman anugerah hanya diumumkan pada malam tersebut,” katanya.
Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.
Anuar turut menyebut juri yang terlibat dalam penilaian bagi anugerah tersebut. Antara juri yang terlibat daripada tujuh orang juri tersebut ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yasin, Dato’ Seri Megat Tajuddin dan Dato’ Nafsiah Omar. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah
Jelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.
Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri.
“Sewaktu Kelantan diumumkan sebagai pemenang, semua hadirin bertepuk tangan, kira-kira lima minit. Saya pun hairan kenapa kita mendapat tepukan yang begitu gemuruh.
“Saya berpendapat ini merupakan pencapaian yang amat baik. Dan pada bulan hadapan ‘wau bulan'(simbol KB Mall) akan terbang ke Belanda dan Kelantan akan dikenali dalam peta pelancongan di Malaysia.
“Kita berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu berangan-angan. Biarlah apa yang kita lakukan itu untuk rakyat seluruhnya”katanya.
Sementara itu, sewaktu ditanya oleh Speaker sama ada pihak KB Mall akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan tersebut, jelas Anuar, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana meriah.
“Pihak pengurusan KB Mall telah menyampaikan kepada saya, majlis tersebut akan menjadi satu majlis yang ‘grand’ dan dijemput semua rakyat Kelantan untuk meraikannya,” katanya yang disambut tepukan gemuruh ahli Dun yang lain.
ni pulak dari paper TheStar hari tu
SP Setia’s CEO the new Property Man of the Year
By LOONG TSE MIN
PETALING JAYA: SP Setia Bhd Group chief executive officer Tan Sri Liew Kee Sin was named the new Property Man of the Year in the 15th FIABCI Malaysia Property Award held at One World Hotel yesterday.
The event was graced by the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
BACA: Makin terkenal makin tak jaga batas, Hawa Rizwana semakin berani bersentuhan dengan bukan muhrim
A total of nine awards were given out at the annual event dubbed the “Oscars” of the property industry.
Top award: Liew thanking Sultan Sharafuddin for presenting the award to him Saturday.
The other awards and winners were:
# MASTER Plan Category – Sentul West and Sentul East Master Plan by YTL Land and Development Bhd;
# RESIDENTIAL Development (high rise) – Stonor Park by Beneton Properties Sdn Bhd;
# RESIDENTIAL Development (low rise) – Pinggiran Bayou Village by Leisure Farm Corp Sdn Bhd;
# RESORT Development – Genting Highlands Resort by Resorts World Bhd;
# RETAIL Development – KB Mall by YS Tang Holdings Sdn Bhd;
# SPECIALISED Project – Sultan Abdul Aziz Royal Gallery by Laurent Lim Architect;
# SPECIALISED Project – Persada Johor International Convention Centre by Persada Johor International Convention Centre; and
# SPECIAL Award for National Contribution – The Kuala Lumpur Performing Arts Centre by YTL Corp Bhd.
Resorts World bagged the Best Resort award.
A minute of silence was observed for the passing of Tan Sri Lim Goh Tong, founder of the Genting Group. Resorts World is part of the group.
ganas jgk kbmall ni…mesti tekkei anuar musa,doh la derhaka pada sultan… :)) :)) :)) patut pun kuar dewan sokmo time sidang dewan
BACa:
“One day mama tanya, ‘kakak, kakak tak rindu papa ka?’ dan jawapan aku buat mama pun terdiam..”
Seram juga bila kena macam ni ,dah habis makan baru sedar itu bukan kedai makan tapi…….