Kategori ini hanya akan terima KWSP khas selepas raya

Kategori ini hanya akan terima KWSP khas selepas raya. Pencarum KWSP bersuka ria kerana bayaran Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 telah mula dibayar mulai 18 April. Rata-rata pencarum bersyukur kerana dengan pengeluaran khas ini, mereka dapat membuat persiapan menyambut perayaan.

Semakan pengeluaran khas KWSP kini boleh dibuat di laman rasmi KWSP terkini.

Tetapi adakah anda tahu itu terdapat 1 kategori permohonan yang akan menerima bayaran KWSP selepas raya. Sila baca sehingga habis.

Pemohon Yang Menerima Bayaran Selepas Hari Raya

Bagi permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat dari 28 April 2022 dan ke atas, mereka hanya akan menerima bayaran pada 5 Mei 2022.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di laman Facebook mereka.

Maksudnya, bagi mereka yang ingin membuat permohonan baharu bermula 28 April ini, mereka hanya akan menerima bayaran selepas raya.

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Tarikh pembayaran pemohon 28 April dan ke atas dibuat pada:

  • 5 Mei 2022

Bagi yang telah membuat permohonan pada 27 April dan ke bawah, pembayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh bayaran :

  • Batch 21 April – 18 hb
  • Batch 23 April – 20 hb
  • Batch 24 April – 21 hb
  • Batch 25 April – 22 hb
  • Batch 28 April – 25 hb
  • Batch 29 April – 26 hb

Bagi mereka yang masih belum mohon pengeluaran khas KWSP ini, sila berbuat demikian di laman rasmi :

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Bayaran Pengeluaran Khas Secara One-Off
Bayaran pengeluaran khas ini akan dibuat secara one-off sahaja.

Ini bermakna jika anda membuat pengeluaran sebanyak RM10,000, anda akan menerima bayaran sekaligus sebanyak RM10,000. Tiada lagi bayaran secara berperingkat seperti bayaran pengeluaran yang terdahulu.

TONTON:

BACA:

Surat Haji dah keluar, ini perkara yang wajib jemaah ambil tahu

Pengurusan Twitter ‘huru-hura’ selepas Elon Musk jadi pemilik

Aidilfitri bakal disambut Isnin, 2 Mei? Ini respon Jabatan Agama