Hospital menyiasat dakwaan pekerja didakwa memeriksa rekod perubatan Kate.
SATU siasatan dilancarkan berhubung dakwaan cubaan memeriksa rekod perubatan Kate Middleton di sebuah hospital terkemuka di London.
Hospital tersebut menyiasat dakwaan mengenai kakitangannya cuba mengakses rekod peribadi Puteri Wales itu.
Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang pekerja didakwa melakukan perkara tersebut.
Badan pemantau privasi dan perlindungan data United Kingdom (UK) berkata, pihaknya telah menerima laporan pelanggaran itu.
Jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) pada Selasa berkata: “Kami mengesahkan telah menerima laporan pelanggaran dan sedang menilai maklumat yang diberikan.”
Badan pemantau itu boleh mendakwa pelaku dan organisasi kerana mengakses atau berkongsi data individu tanpa kebenaran.
Dakwaan mengejutkan itu timbul selepas dia menjalani pembedahan abdominal di sebuah hospital, pada Januari lalu.
Sementara itu, teori konspirasi mengenai kesihatan Kate terjawab apabila Puteri Wales itu bersama Putera William dilihat keluar bersama ke sebuah kedai di Windsor, pada hujung minggu lalu.
Ia merupakan kemunculan pertama Kate di khalayak sejak menjalani pembedahan.
Baca juga: Semua lauk RM1! Ini betul2 lawan hukum peniga bazar ramadan ni