Kata-kata ‘padu’ TMJ buat ramai netizen pun ikut meremang

Kata-kata ‘padu’ dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah menjadi pendorong untuk kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)

Dalam aksi akhir Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu (TFC) semalam.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi melalui laman Instagram TMJ, jelas terlihat kata-kata inspiratif baginda di dalam bilik persalinan

Kata-kata 'padu' TMJ buat ramai netizen pun ikut meremang

memberikan semangat tambahan kepada pemain Harimau Selatan untuk mempamerkan aksi terbaik sebelum beraksi di padang.

“Hari ini adalah satu lagi hari di mana kita akan mencipta sejarah. Ingat apa yang saya katakan semalam. Setiap orang perlu tunjukkan. Hari ini tiada siapa yang kalah, tak ada orang yang bayang-bayang.

“Kita di sini kerana anda semua menunjukkan perwatakan yang betul. Itulah sebabnya kita berada di sini hari ini. Ingatlah, kelab ini sudah mencipta banyak sejarah, gelaran selepas gelaran, kemenangan selepas kemenangan, pencapaian selepas pencapaian.

“Kita berada di sini bukan kerana kelab yang hebat tetapi kerana perwatakan setiap individu dalam kelab ini. Itu sebabnya, faham! Sekarang dengar, kita Harimau Selatan. Jadi keluarlah dan berpesta dengan hebat,” katanya.

Kata-kata TMJ juga menarik perhatian warganet yang memenuhi ruang komen laman Instagram tersebut.

“Meremang bila kita mendengar kata-kata Tuanku Mahkota Johor. Sangat memotivasikan diri! Salute!!” – Nurul Bynoon

“Hebatnya cara TMJ bercakap. Lain macam bosku. Bravo!!! Proud!!!! Congratulations JDT!!!” – jufazli_0110

“Salute Tuanku, pesanan disampaikan dengan baik dalam Bahasa dan Inggeris. Tahniah JDT!” – svr_77

JDT berjaya menewaskan Terengganu FC 3-1, menguasai keempat-empat piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia musim ini. Selain Piala Malaysia, pasukan Tano Solari itu juga merangkul gelaran juara Piala Sumbangsih, Liga Super, dan Piala FA, sambil mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan setakat ini.

BACA: Sultan Ibrahim mahu SPRM, Petronas di bawah Agong, bukan Parlimen, ini sebabnya